Kestabilan Asia Tenggara penting bagi EU

Posted on July 25th, 2018

MARIA Castillo-Fernandez (kiri) pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Salhani Ibrahim

MEDIA COVERAGE

Berita Harian Online – 25 July 2018

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) memberi penekanan kepada nilai demokratik, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik serantau dalam hubungannya dengan negara Asia Tenggara.

Sehubungan itu, EU memandang penting soal ekonomi dan integrasi politik serantau, kata Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo-Fernandez.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya, di sini hari ini.

Maria Castillo-Fernandez kemudian menekankan bahawa atas sebab itu juga EU menjadikan Asia Tenggara, termasuk Malaysia, antara agenda utama dalam usaha rundingan perdagangannya ketika ini.

“Kami baru saja menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Singapura dan Vietnam, dan kami begitu berminat untuk memula dan mengakhiri rundingan dengan negara anggota ASEAN lain yang terbabit secara aktif dalam rundingan perdagangan bersama kami seperti Filipina dan Indonesia.

“Sehubungan itu, kami bersedia untuk menyambung semula rundingan bersama Malaysia bagi mencapai persetujuan FTA yang akan menyumbang kepada sasaran menyeluruh EU-ASEAN FTA.

Usaha mewujudkan EU-ASEAN FTA sudah dirancang sejak 10 tahun lalu, menurut laporan sebelum ini.

Rundingan dua hala ini EU-ASEAN bertujuan membangunkan persepakatan bagi memperbaiki FTA di masa depan supaya lebih komprehensif, satu objektif utama negara Eropah dalam hubungannya dengan rantau Asia Tenggara.

Castillo-Fernandez turut merasmikan Erasmus+ Pusat Kecemerlangan Jean Monnet, di Auditorium AEI di sini.

Source: Berita Harian Online

Facebook

Facebook Pagelike Widget

Twitter

EU Social 🇪🇺's Twitter avatar
EU Social 🇪🇺
@EU_Social

🆕 📖 Teachers & trainers matter!Here are 1⃣2⃣ policy pointers & inspirational examples to support them in high-per… t.co/g0Mhhav6tN

Retweeted by CARUM
UNICEF Education's Twitter avatar
UNICEF Education
@UNICEFEducation

21st September is the Happy International Day of Peace. 🕊️🕊️All children want is peace. v/ @UNICEFDRC #PeaceDay.

Retweeted by CARUM
Show Media
Tweet Media
ASEAN's Twitter avatar
ASEAN
@ASEAN

The people of ASEAN are now more connected than ever, thanks to #digital infrastructure development in the region.… t.co/Y9Qt2YG1vm

Retweeted by CARUM